Visi




Dapurmas mempunyai satu visi yang jelas terhadap bidang perniagaan Bumiputera iaitu mewujudkan satu jalinan perniagaan Bumiputera yang berjaya dengan kerjasama pelbagai pihak. Untuk itu arah tuju Dapurmas adalah untuk menjalankan satu standard perniagaan Bumiputera yang akan menjadi contoh kepada perniaga Bumiputera lain. Dapurmas amat mengalu-alukan mana-mana individu Bumiputera yang berbakat dan berkebolehan untuk sama-sama bernaung dibawah Dapurmas sebagai pembekal, rakan perniagaan atau berkongsi pengetahuan serta kemahiran di dalam bidang ini. Menjadi polisi Dapurmas untuk mengutamakan mereka dikalangan Bumiputera didalam urusan.

Tawaran pembukaan oulet-outlet baru amat diharapkan bagi semua pihak membantu mereka secara lansung atau tidak lansung.

Untuk itu Dapurmas berharap agar pelbagai pihak memberi peluang kepada Dapurmas samada dari segi ruang atau kontrak agar kesemua pengusaha-pengusaha makanan ini mendapat peluang dan pendedahan untuk memulakan perniagaan atau memasarkan produk mereka sendiri dibawah Dapurmas.

Dapurmas tidak melihat segmen pasaran tempatan sebagai medan perniagaannya semata-mata. Malah Dapurmas juga mempunyai cita-cita untuk membawa segala produk dan individu yang bernaung dibawah Dapurmas untuk meneroka peluang pasaran antarabangsa.

Untuk itu, Dapurmas sedang agresif meningkatkan sistem pengurusan dan pemantauan kualiti. Bermula dari sebuah perniagaan kecil-kecilan dirumah, Dapurmas kini sudah boleh berbangga kerana ia sudah memiliki jenama terhadap perkhimatannya. Namun itu menjadi satu tanggungjawab agar Dapurmas sentiasa memperbaiki kelemahan untuk menjaga kepercayaan yang diberikan pelanggan.

Terdapat peningkatan yang amat ketara dari segi tempahan dan jualan. Pelanggan sememangnya menyukai kepelbagaian dan mereka juga dalam masa yang sama berhak mendapat yang terbaik dari kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan dari Dapurmas


Enhancement and Support: GerobokAjaib.com

DapurMas   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP