Latar Belakang

Kafe Dapurmas telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 5 Jun 2000 atas semangat keusahawanan setelah melihat peluang ekonomi dan keperluan semasa industri makanan yang semakin kondusif di Malaysia. Sejak itu ia berkembang sehingga kini Kafe Dapurmas mempunyai 2 cawangan iaitu sebuah di Pusat Komersial Jalan P9B1/2 Precint 9 dan kafeteria di Hospital Putrajaya. Dapurmas bermula dari perniagaan secara kecil-kecilan dirumah, dapurmas telah berkembang dan kini ia mempunyai ramai tenaga mahir serta pakar dalam perniagaan dan perkhidmatan ini.

Disamping itu juga, Dapurmas telah menjalin usahasama dan penglibatan dengan pelbagai agensi termasuk SMIDEC, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Halal Development Center. Pihak Segi College juga telah meletakkan kepercayaan kepada Dapurmas dengan meletakkan pelajarnya yang mengikuti sessi praktikal wajib selama 4 bulan secara berterusan dengan Dapurmas.

Untuk pengetahunan, pihak Dapurmas telah pun mendaftarkan lima buah syarikat yang baru di bawah naungan Dapurkayu Corporation Sdn Bhd Untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Lima syarikat ini akan memulakan operasinya menjelang Januari 2010 ialah Dapurmas Central Kitchen, Dapurmas Trading, Dapurmas Catering Services,Dapurmas Food Products dan Akedemi Kulinari Dapurmas.


Pihak Dapurmas juga telah mengambil kakitangan mahir dalam bidang pengurusan, pemasaran dan pembangunan perniagaan supaya perkembangan Dapurmas adalah dalam keadaan tersusun dan konsisten. Bagi meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan dan kesihatan makanan, Dapurmas telah melantik Gading Institute bagi menjalankan latihan Pengendali Makanan di Dapurmas. Gading Institute mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan latihan ini diseluruh Malaysia dan merupakan sekolah latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penambahbaikan juga sering dijalankan dalam pelbagai aspek agar ianya mempunyai pekerja, infrastruktur, kemudahan, peralatan dan pengurusan serta operasi yang lebih baik, bersistematik dan sesuai untuk proses penyediaan dan penjualan makanan.



Sessi mesyuarat bersama pekerja dan maklumbalas berterusan dengan pelanggan telah membantu Dapurmas memperbaiki organisasi dan prosesnyq bagi menjamin kualiti, keselamatan dan kebersihan makanan. Ini juga bagi menyediakan Kafe Dapurmas kearah pengembangan perkhidmatan katering dengan melengkapkan modal dan aset serta kepelbagaian menu dan konsep bagi mendapatkan peluang perniagaan serta menyediakan sumber manusia yang berkualiti bagi menghadapi persaingan didalam perniagaan restoran dan perkhidmatan catering yang semakin berkembang.

Enhancement and Support: GerobokAjaib.com

DapurMas   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP